Tugasan
Kumpulan (Kajian Lapangan di Bandar Seremban)
Laporan Kajian
Lapangan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kumpulan 5 :
Wilson Lanyau
A141225
Muhd Faiq bin Mazlan
A141559
Aida Fathiah binti Ahmad Feisal
A141142
Nurhikmah binti Abdullah Sani
A141765
1.0
Pengenalan
Bandar Seremban muncul seperti bandar-bandar lain di negara ini iaitu
sekitar tahun 1870-an. Deretan kedai di sepanjang Jalan Murray ( Jalan Kapitan
Tam Yeong ), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul ( Jalan
Yam Tuan ) dan Jalan Birch ( Jalan Dato’ Bandar Tunggal ) yang mana semua
nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-residen British ketika itu.
Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya
dari permainan tradisional ”Sarimban” yakni sejenis permainan yang menggunakan
batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu
lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Pada 12
Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan Seremban,
Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu tugasan
pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan sempadan.
Tugasan kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan Seremban dan
mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.
Sepanjang perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ke Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban,
terdapat pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping
mengenalpasti pinggiran dan sempadan.
Tugasan
yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku Hassan
dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa soalan
kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan
senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja
lapangan kami.
Kerja
lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi
sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan
kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui
pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar
Seremban.
2.0
Nod, Laluan, Mercutanda, Gerbang dan Sempadan.
Dalam kajian
lapangan kami di Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah diberikan tugasan untuk
mengenal pasti beberapa perkara penting bagi menyiapkan analisis kuantitatif.
Tugasan satu ini kami perlu mengenal pasti beberapa element. Elemen ini dipetik
daripada sebuah buku bertajuk The Image Of The City penulisan Kevin Lynch(1960)
iaitu nod (hentian), laluan, mercutanda, gerbang dan sempadan.
2.1
Nod
Nod
merupakan titik pertemuan atau titik perhentian dalam sesebuah perjalanan dan
ruang yang dilalui kami semasa menuju ke kawasan kajian kami. Nod ini merupakan
sebahagian kawasan yang penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya
setiap kawasan nod ini mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat
mengenai sesebuah perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi,
mereka perlu melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka
sampai ke destinasi yang ingin dikunjungi tersebut. Nod ini boleh
didapati berbentuk papan tanda dan persimpangan jalan yang mengandungi nama
setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui untuk ke Seremban iaitu
bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM, seterusnya kami menuju ke
kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke Nilai, Labu, Tiroi dan
Stesen Kereta Api Seremban.
2.2
Laluan
Laluan
merupakan laluan yang dilalui oleh semua orang dalam sesebuah bandar, antaranya
terdapat laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan
tersembunyi dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri
dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi,
seseorang itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain
itu, laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah
tempat apabila laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna
boleh menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu
lintas atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai
sebuah jalan berturap, jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan
berbatu. Contoh jalan yang dilalui kami semasa melaksanakan kerja lapangan
iaitu Jalan Tungku Hassan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan lain-lain. Mengikut
Lynch, laluan merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah bandar kerana
laluan ini dapat menghidupkan sesebuah bandar.
2.3
Mercutanda
Mercutanda
merupakan penanda sesebuah tempat. Bagi melihat kewujudan sesebuah tempat,
mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada
semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya
merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut.
Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan
bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda
ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah
yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut. Penjunjung mudah untuk
mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini
kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis
bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang
tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu
Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban
2.4
Gerbang
Gerbang
merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini
biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan kampung,
daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu kawasan,
hal ini demikian kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan
simbol sebagai penyambut tetamu kepada yang berkunjung ke sesuatu tempat
tersebut. Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat
tersebut mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan
tersebut. Selain itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan
kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana setiap pintu gerbang tersebut akan
dibina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak pembangunan
sekarang.
2.5
Sempadan
Sempadan
bermaksud kawasan yang membezakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan
yang telah terpisah menjadi dua kawasan yang berbeza, nama tempat dan
diperintah oleh orang yang berlainan di setiap kawasan. Sempadan ini boleh
terjadi apabila wujudnya sungai, jalan, daerah, wilayah dan negeri yang
terpisah antara sesuatu kawasan yang lain. selain itu. Sempadan juga
wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan antara setiap bangunan, jalan
kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri dan kanan.
Lampiran
Mercutanda
3.0
Kawasan Kajian
Berdasarkan kajian lapangan yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan, kami ditugaskan untuk menemubual peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa temubual dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga adalah nama kedai, jenis barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk memulakan perniagaan mereka.
Dalam
menjalankan tugasan ini, didapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan
juga perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya di sekitar
Jalan Tunku Hassan. Antara perniagaan tersebut ialah seperti kedai makan dan
minum, kedai menjual barangan runcit, kedai gambar, kedai gunting rambut, kedai
barangan am,kedai barangan keagamaan dan sebagainya. Selain itu, terdapat
pelbagai perkhidmatan turut disediakan di sekitar kawasan Jalan Tunku Hassan,
Seremban yang meliputi perkhidmatan perhotelan, klinik kesihatan dan
persendirian untuk masyarakat setempat, perkhidmatan penguam bela dan penguam
cara dalam konteks perkhidmatan berbentuk perundangan, institusi pendidikan,
institusi kewangan dan pelaburan yang diwujudkan untuk kegunaan masyarakat
setempat di sekitar Seremban. Berikut merupakan senarai contoh perniagaan
perkhidmatan atau kedai yang terdapat di sekitar Jalan Tunku Hassan di
Seremban:
Sepanjang
kajian lapangan ini dijalankan,terdapat beberapa buah kedai yang dimiliki oleh
peniaga di sekitar Jalan Tunku Hassan,Seremban telah berjaya kami temubual bagi
mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan kedai yang dimiliki tersebut.
Antaranya adalah kedai yang mengusahakan perniagaan gedung perhiasan.
Perniagaan ini digelar sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung Perhiasan” dan dimiliki
oleh Mustafa Atin yang merupakan generasi yang ketiga dalam perusahaan gedung
perhiasaan ini. Jenis barangan yang dijual ialah seperti karpet, tikar dan
sebagainya. Encik Mustafa menyatakan bahawa perniagaan gedung perhiasan ini
merupakan yang terawal yang wujud di sekitar bandar Seremban iaitu pada sekitar
tahun 1920-an.
Seterusnya,
kedai yang kedua ialah “Restoran Amma”s Curry House”. Perniagaan ini dimiliki
oleh Encik Ganesan dan keluarga dan baru sahaja dibuka kira-kira 6 bulan yang
lepas.Antara makanan yang disajikan di Restoran ini ialah makanan India dan
juga makanan-makanan yang lain yang memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung
yang datang ke restoran beliau.
Selain itu,
“Kedai Vsara Silk Centre”. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menjual
barangan runcit bagi kegunaan harian.Perniagaan barangan runcit ini dimiliki
oleh Encik Raja dan mula beroperasi pada sekitar awal tahun 2010. Beliau
memilih lokasi di sekitar Jalan Tunku Hassan ini kerana terdapat banyak kedai
yang menawarkan perkhidmatan berlainan dan beliau merasakan akan mendapat
manfaat yang sama daripada aktiviti perniagaan yang bergerak secara aktif di
kawasan tersebut.
Selain itu ,
kami juga telah menemubual seorang pemilik kedai yang menjalankan perniagaan
menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan nama “Butik Roopkala” dan dimiliki
oleh Encik Sega a/l Andiappan. Butik Roopkala telah mula beroperasi pada tahun
1999 dan telah menjangkau usia sekitar 12 tahun. Encik Sega memberitahu bahawa
butiknya selalu menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya dalam
kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika menjelang
perayaan Deevapali.
Pada masa
yang sama, terdapat sebuah kedai emas telah berjaya kami temubual pemiliknya
yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang. Nama kedai emas ini ialah “Kedai
Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada tahun 2001 yang lepas serta mendapat
sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat setempat dan pengunjung
luar yang datang ke Seremban.
Akhir
sekali, kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut. Kedai ini dimiliki oleh
Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu bermula pada tahun
1982. Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan merupakan sebuah kedai
yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan yang baik daripada
masyarakat yang datang ke kedai tersebut. Kebanyakkan barangan yang terdapat di
kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang terpakai dan dijual pada
harga yang berpatutan.
LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN
Gambar 3 :
Kedai V SARA SILK CENTRE
Gambar 4 :
Butik Roopkala Collection (Sari)
4.0
Seni Bina Bangunan
Struktur-struktur
Bangunan Yang Terdapat di Sepanjang Laluan Jalan Tunku Hassan, Seremban.
Berdasarkan
kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada di Bandar
Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan yang
telah kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga mempunyai
perbezaan antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang dibina
pada zaman dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang sekali
apabila terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan
dipertahankan nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan.
Struktur dan
seni bina bangunan institusi kewangan dan sistem perbankan:
Bangunan
kedai yang dibina pada tahun 1920:
Kepelbagaian
dan keunikan seni bina bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Tunku Hassan,
Seremban:
Seremban
yang dikenali sebagai sebuah Bandar kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan
kecil atau pekan kecil yang kini telah berkembang menjadi sebuah bandaraya
setelah digabungkan dengan Bandar Nilai.
Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan sepanjang kerja lapangan ini, didapati bahawa
kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku Hassan ini adalah merupakan bangunan
lama yang masih utuh walaupun telah dibina kira-kira 90 tahun yang lalu.
Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu juga merupakan yang terawal
dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar kawasan terbabit.
5.0
Kesimpulan
Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis di sekitar kawasan
kajian ini ialah kaum India dan majoritinya menjual barang-barang perhiasan,
perkahwinan dan makanan India. Selain itu, terdapat juga beberapa buah pejabat
peguambela & peguamcara yang berada di sekitar jalan ini. Pemilik pejabat
ini ada di antaranya kaum Melayu dan kaum Cina. Tambahan pula, antara
sebab pemilik kedai memilih kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan adalah
disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan banggunan kedai yang terawal dibina
di sekitar Seremban, manakala senibina banggunan ini juga klasik dan ada yang
dibina pada tahun 1919, 1920 dan 1966.
Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik dan
kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan pelbagai
aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah berupaya
membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban secara keseluruhannya .








No comments:
Post a Comment