Pages

Thursday, 20 December 2012

tugasan 5



MUHAMMAD FAIQ B. MAZLAN A141599
Tugasan: analisis kualitatif daripada transkrip perbualan dengan responden

        Dalam analisis kualitatif  ini maklumat yang dapat dianalisis ini ialah maklumat yang diperolehi daripada sumber transkrip perbualan saya dengan responden. Hasil daripada transkrip ini dapat mempermudahkan saya untuk menganalisis data-data yang telah dikhususkan.
       Analisis kualitatif ini terbahagi kepada dua bahagian khusus iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod akasial ini bermaksud element yang utama dan penting dalam sesi temubual ini. Antara element penting yang dikenalpasti iaitu pekerjaan, rumah, tanah, pendidikan dan keluarga.
        Manakala bagi kod terbuka ini bermaksud element yang dibincangkan ini lari daripada topik perbualan. Dalam transkrip ini responden mempunyai dua sahaja kod terbuka iaitu responden menceritakan tentang kehidupannya yang susah dan hajat beliau dapat menunaikan haji di Makkah tercapai.
Kod akasial
1.      Pekerjaan
element pekerjaan ini disebutkan  sebanyak 13 kali oleh responden. Hal ini dapat digambarkan bahawa responden ini begitu menekankan dalam aspek pekerjaan ini. Dalam element ini, responden banyak membincangkan soal pekerjaan bagi arwah suaminya sebagai seorang nelayan dan juga membincangkan soal pekerjaan bagi anak sulongnya.

Antara beberapa contoh element pekerjaan yang diutarakan iaitu:
·         Masa tok susoh dulu...... Tokki ke lauk nakap ikang..... gi balik, gi balik dop dapat ikang
·         Lepas  dari tu lalu lah tok pom gi kerja Dungun....Kerja tongkang
·         pastu kerja tongkang naik Bukit Besi... kerja Bukit Besi pulok..... balik pada kerja Bukit Besi
·         Makna tok ni nok cari pitih belanjaan
·         Tok pom gi la tupang kedai umoh Mok Long... Wat kedai umoh  Mok Long
·         Kedai umoh Mok Long kedai kopi.... Kedai barang-barang rucik... Sakni tok jual
·         Mok cik mari mitok kerja...Anok nok kerja
·         Apa temuduga cini dop leh....Doh temuduga gane tah mok cik
·         Doh takpe lah InsyaALLAH kita beri dye kerja....
·         Lame ayoh mitok la jabat agama....Lame tu dop leh
·         Sakni doh macam mane Lan...Doh takpe lah saya bagi jabat Yayasan
·         doh biar lah..Alhamdulillah biar lah.....Mok cik nok anok boleh kerja
·         Biar lah sempena dye boleh kerja jabat Yayasan Alhamdulillah



2.      Rumah
Element rumah ini sebanyak sembilan data yang telah responden menceritakan bagaimana keadaan rumah beliau semasa beliau mula-mula tinggal di Kampung Bukit Gasing itu, keadaan kampung  masa itu begitu daif kerana penuh dengan hutan dan belukar. Dalam masa yang sama haiwan buas seperti harimau menjadi satu nostagia bagi responden kerana haiwan ini menjadi ancaman kepada beliau dan keluarganya.
Element rumah ini tidaklah begitu kerap diceritakan oleh responden, tetapi maklumat yang diperolehi ini dapat memberikan gambaran yang jelas keadaan yang rumah responden dahulu.
Beberapa data tentang element rumah:
·         susoh, susoh sangat susoh...tiga buoh rumoh jer ada... Pok Loh Pin sebuoh, Mek Su sebuoh, tok sebuoh
·         Rumoh tok kecik sangat, rendoh teratuk pala... Basoh citu, basoh cini....
·         Duduk dalam hutan...Tak dok bunyi benda...Rimau sakni orh bederaum  skali...Duduk kesoh, duduk cini
·         Rimau bederaum skali sakni....Itik tok bela itik ayam beterebangan.....Beterebangan itik ayam ini
·         Tok sakni dudok cini... Umur ayoh tiga bulan.... Sekarang ini tiga bulan
·         Pastu tok ki gi kelauk... Takut ni dop tahu la...Dalam utan orang tak dop
·         Tiga buah rumoh je ada.. Umoh Mek Su jauh... Umoh Pok Loh Pin jauh...
·          Umoh ni semok macam dalam utan tu
·         Iblis sakni ngusik..Ye cekal dinding..Cekal dinding


3.      Tanah
Element tanah ini kerap kali diulas oleh responden iaitu sebanyak  sembilan kali,  hasil daripada penelitian saya pada data tanah ini menunjukkan berlaku konflik dalam pemilikan tanah. Hal ini kerana, responden telah diberikan tanah di Rompin  Pahang, tetapi beliau tidak pergi ke sana, kerana beliau menunggu tanah lot di Kampung Bukit Gasing ini yang akan diagihkan oleh pihak Pejabat Daerah.

Antara beberapa element tanah yang diulas oleh responden iaitu:
·         balik tu gi balik ambik tanoh... orang nok bagi tanoh lot .....pastu tok orang nok bagi tanoh lot
·         orang nok ato di Rompin....plok ato Rompin....tok ate, tak mboh gi Rompin....plok ato Rompin
·         tok  ate, tok tak mboh gi sebab tok tua doh.... tok ingat tanoh tak dop doh
·         tak dok pitih ekgi...kalu anok ada.....apa ni nok duk mane
·         tanoh ni tak dop siket lagi.... orang nok gi ato doh.... sunggoh la ni nok ato doh
·         masa, masa kat ari nok ato sunggoh orh...tok ate tak mboh gi..tok ki tak mboh gi la kalu tok dop gi
·         tok ki tak mboh gi la...tok  ate biarlah dop gi Rompin pom
·         sebab tok nok ambik tanoh orang nok bagi tanoh lot....gok mari dye bagi la tanoh lot
·         tok ambik se lot tok ki ambik se lot....name tok ki se lot.. tak dop name tok lagi tu..




4.      Pendidikan
Element pendidikan ini  dibincangkan sebanyak  enam kali  dalam perbualan ini data yang berjaya dikumpul. Hal ini menunjukkan, responden ini mengambil berat dalam soal pendidikan bagi anaknya.
Antara beberepa data pendidikan iaitu:
·         Besor koloh darjoh satu...Tiga koloh... ayoh darjoh satu, mok long darjoh dua
·         Lepas darjoh satu mok teh darjoh empat or emm.... dop ingat orh...
·         Pah tu ayoh pom boleh r g koloh di asrama Tengku Zaharah....Koloh makna koloh Zaharah
·         Lepas tu koloh Tengku Zahara.... Pastu gi la Mok Long ngen Ayoh Long gi ato ayoh mu koloh
·         Pah ato gi la koloh... Boleh la cikgu pom we la benda saguhati...Gini la panggil we bantuan koloh
·         Orh boleh la bantuan koloh


5.      Kewangan
Element kewangan menjadi persoalan utama kepada responden, hal ini kerana element ini merupakan satu bentuk yang penting dalam hidup beliau. Beliau mengalami krisis kewangan kerana pekerjaan arwah suaminya hanyalah seorang nelayan dan beliau hanyalah seorang suri rumah yang mempunyai anak seramai tujuh orang. Oleh sebab itu, element ini telah mengubah hidup responden apabila krisis kewangan dapat dibaik pulih apabila arwah suaminya dapat membeli sebuah motosikal, secara tidak langsung, suaminya memilih untuk menjadi seorang penjual ikan. Oleh itu, ekonomi keluarga ini sedikit sebanyak berlaku peningkatan.
Element ini dibincangkan sebanyak 13 kali.

Antara beberapa data yang dibincangkan iaitu:
·         Pas tok duduk apa gini ea paih ea....Lame tu ea makan  pom kelauk
·         Sebulan kedang-kadang dop leh seseng ...Er dop leh seseng, lame tu ayoh pom besor la
·         saya terima lah apa yang mok cik cakap....doh mok cik nok mitok bantuan dop
·         doh ye kate doh ayoh kerja nelayan kelauk....mok dye nok mitok bantuan dop
·         kate dop soh la....anok ramai dop.... anok ramai
·         jadi mase tu nok beli motor tak dop pitih....ayoh kerja jual ikan
·         buleh pitih sakni buleh wat kerja......doh dye baru boleh kerja....nok beli motor dop leh
·         lame ayoh beli motor kerja jual ikan....apa semua.... buleh wat makan kerja jual ikan
·         susohnya tok zaman dulu.....susoh zaman dulu
·         zaman lening Alhamdulillah....orh seber nok seber buleh
·         orh mase dulu susoh....
·         nok ato koloh motor pom tak dop naikan.....motor wat jual
·         hor gok ayoh sakni.... tok ki susoh....masa dulu tok pom susoh




Kod  Terbuka
1.      Mekah
      Element Mekah ini telah diceritakan oleh responden, element ini merupakan satu kejayaan dalam hidup responden dan arwas suaminya apabila dapat menunaikan Haji di Mekah hasil daripada arwah suaminya menjual ikan. Element ini dibincangkan sebanyak lapan kali.
Antara data yang berjaya dikupas iaitu: 
·         lame tu tok ki pom lepas jual ikan.....apa gitu gini boleh la seng seket
·         Tuhan bagi Alhamdulillah.....tok pom nazar la
·         Ya ALLAH Ya Tuhanku......Aku wat kerja ni mitok la aku buleh hantar tanoh suci
·         Nok mitok pada Tuhan jangan sakit deman....Aku nok pergi la ke Makkah
·         Di takdir kerana ALLAH ....Tuhan beri duk kata-kata tu serta merta....Boleh gi Mekkah
·         Gi la empat bulan empat hari.....Tok pose dinun.....Pose nam dinun
·         Ambik aji pergi ambik aji...Empat bulan empat  ari pindoh balik lalu lah


No comments:

Post a Comment