Apa yang berlaku pada masa itu, apa yang
berlaku pada tahun itu di dunia dan di setempat.
Penulis menceritakan bagaimana
pengalaman yang dilalui ini tidak ada skop tahun yang dapat saya ulas. Tetapi
berdasarkan kepada kisah-kisah yang diceritakan itu dapat saya menganalisis
akan tahun-tahun yang dinyatakan.
Antara tahun yang dapat dikupas iaitu:
tahun 1942 peristiwa yang berlaku iaitu
responden baru sahaja dilahirkan
tahun 1954 responden berkahwin dengan
arwah suaminya
tahun 1962 anak lelakinya dilahirkan
tahun 1981 responden menceritakan kisah
anak lelakinya dihantar ke sekolah
tahun 1985 responden menceritakan kisah
anak lelakinya mendapat pekerjaan
tahun 1993 responden dan suaminya
menunaikan haji di Mekkah
Tahun
1942
- Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di bawah pemerintahankoloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi
·
Pada 8 Disember 1941,
- Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.
- Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina. Lebih kurang 130,000 askar India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.
Dunia
Pada Mei 1942
- Tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea. Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan.
- Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur Tenga
- Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh.
- Pulau Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943
13 januari 1942
- Henry Ford mempatenkan kereta plastik yang 30% lebih ringan berbanding kereta biasa
13 januari 1942
- Perang Dunia Kedua: penggunaan kerusi lenting pesawat buat julung kalinya oleh juruterbang uji Jerman dalam pesawat pejuang Heikel He 280
Tahun 1954
Setempat
1
Februari 1954
- Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar
- UMNO dan MCA membentuk Perikatan dan memenangi pilihanraya pertama Perbandaran bagi memilih anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Semangat kemerdekaan rakyat kian membara namun ada golongan pembesar memperkecilkannya dan mengejek ‘merdeka’ sebagai ‘mentaga’. Sebahagian nasionalis ingin menggunakan kekerasan untuk merdeka dan membentuk ‘Barisan 33’. Kejayaan UMNO dan MCA dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur menarik Malayan Indian Congress(MIC) pimpinan V.T. Sambanthan menyertai Perikatan pada akhir tahun 1954.
Dunia.
·
Pada tahun 1954
- Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran "Doktor Jerman".
·
Agustus 1954,
- Sungai Yangtse : Merenggut lebih dari 40.000 nyawa dan membuat 1 juta orang kehilangan rumah.
Tahun 1962
21 Jun 1962
- Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
- Dato’ Onn meninggal dunia pada tahun 1962 ketika berusia 67 tahun.
Dunia
12 Januari 1962
- Ops Chopper, operasi pertama melibatkan helikopter Tentera Darat Amerika Syarikat di medan Vietnam dilancarkan. 1,000 orang askar Vietnam Selatam diangkut oleh helikopter CH-21 Shawnee untuk menyerbu sebuah ibu pejabat Viet Cong 16 kilometer dari Saigon.
11 Januari
1962
- Runtuhan salji di Huascaran di Peru mengorbakan 4,000 nyawa
8 Disember, 1962:
- Pemberontakan Brunei. Para pemberontak mula mengkoordinasi serangan ke atas bandar minyak di Seria (mensasarkan kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell), stesen polis dan kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini. Pemberontak ini menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia. Kejadian ini dianggap sebagai tahap pertama dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia.
Tahun 1981
·
15 Mei 1981
- Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO.
·
Jun 1981
- Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.
- Pada tahun 1981 berlakunya kemerosotan ekonomi di dunia dan melanda di Malaysia sehingga tahun 1987
Dunia
Julai
1981,
- Sungai Yangtse : di provinsi Szechwan 753 orang mati dan 28140 orang dilaporkan hilang serta 1.5juta orang kehilangan rumah akibat banjir
30 Mac 1981
- John Hinckley, Jr. Menembak dan mencerderakan Presiden A.S. Ronald Reagan dan tiga lagi di Washingtin, D.C.
Tahun
1985
26 September 1985
- Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
19 November 1985
- Peristiwa Memali(Baling) berlaku Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.
Dunia
- Candi Borobudur adalah peristiwa pemboman peninggalan bersejarah Candi Borobudur dari zaman Dinasti Syailendra yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah
- Pemimpin Soviet terakhir, Mikhail Gorbachev memperkenalkan dasar-dasar glasnost (keterbukaan) dan perestroika (penstrukturan semula) dalam cubaan memodenkan negara serta menjadikannya lebih demokratik. Bagaimanapun, ini mencetuskan kebangkitan gerakan nasionalis dan pemisah yang kuat-kuat belaka.
·
13
Januari 1985
- Sebuah kereta api penumpang terjunam ke dalam sebuah gaung di Habsyah, menyebabkan 428 orang terkorban dalam melapetaka kereta api paling dahsyat di Afrika.
Tahun
1993
·
11 Disember 1993
- Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
·
15
Oktober 1993
- YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
·
4
November 1993
- Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.
- Pada kemuncak 1993 nilai BSKL adalah 3.5 kali lebih tinggi dari saiz ekonomi sebenar Malaysia
Dunia
·
26
Februari 1993
- Pengeboman World Trade Center 1993, apabila sebuah bom lori diledakkan di bawah Menara Utara World Trade Center di New York City. Peranti yang diperkuat gas urea nitrat–hydrogen 1,336 lb (606 kg) itu bertujuan menumbangkan Menara Utara itu kepada Menara Selatan sehingga kedua-dua menara itu runtuh dan mengorbankan ribuan nyawa. Biarpun gagal berbuat demikian, namun pengeboman ini dapat meragut enam nyawa dan mencederakan ribuan lagi
- UNAIDS dan WHO memperkirakan bahwa AIDS telah membunuh lebih dari 25 juta jiwa sejak pertama kali diakui tahun 1981
No comments:
Post a Comment