Tema
Tema utama dalam 3 buah
buku yang di kaji iaitu The Image Of The City, The Production Of Space dan The
Death And Life Of Greet American City. Dalam
penulisan saya kali ini, akan saya bawakan tema-tema yang penting dalam
tiga buah buku ini.
The Image Of The City (Klien
Lynch)
Memaparkan tema tentang
menerangkan secara umum tentang element bandar kepada semua orang. Selain itu,
Lynch juga menerangkan bagaimana orang dapat melihat dan menyesuaikan diri
dengan bandar. lynch telah membuat satu tanggapan utama dalam buku ini tentang
kebolehbacaan (sejauh mana sesebuah bandar itu dapat diberi gambaran). Lynch
juga mengutarakan bahawa orang yang bergerak dalam bandar berdasarkan
pendapatan, mereka perlu mengiktiraf dan mengatur element bandar ke dalam
corak yang berkaitan atau berhubungan. Imej
sesuatu tempat dapat membawa pengalaman memori yang lalu. Lynch juga
memperkenalkan element sesebuah bandar iaitu laluan, nod, sempadan, mercutanda
dan gerbang. Kelima-lima element ini penting kerana dapat memperkenalkan kewujudan
sesebuah bandar.
The Death And Life Of
Greet American City (Jane Jacobs)
Memaparkan tema tentang
kesilapan perancangan bandar. Kesilapan-kesilapan ini bukanlah kesilapan yang
baru, tetapi kesilapan yang lama dan mereka mengulangi kesilapan yang sama ini
sejak beratus-ratus tahun. Mereka tidak bersalah dalam merancang bandar, tetapi
mereka adalah salah satu teori. Jacobs tidak begitu banyak menyalahkan orang-orang
yang melakukan perancangan bandar, tetapi beliau menyalahkan para pendidik yang
mengajar perancangan. Jacobs benar-benar tidak bersetuju dengan dasar mereka
memusnahkan dan beralih.
The Production of Space
(Henri Lefebvre)
Memaparkan tema tentang
kepentingan penggunaan ruang atau kawasan kosong. Ruang ini telah dibahagikan
kepada beberapa ruang contohnya ruang mental, ruang sosial dan ruang melengkung.
Lefebvre berkata setiap masyarakat mampu
menghasilkan ruang tersendiri atau ruang sosial. Menganalisis setiap mod
sejarah sebagai bahagian amalan setiap hari dan persepsi, representasi atau
teori ruang dan khalayan masa.
No comments:
Post a Comment