Pages

Thursday, 13 December 2012

Tugasan 3


Muhammad Faiq b. Mazlan
A141599 
 Imej Bandar Mengikut Kevin Cynch
Nod
Nod merupakan titik pertemuan dan ruang yang dilalui saya  untuk menuju ke negeri saya iaitu Negeri Terengganu. Nod ini merupakan sebahagian kawasan yang penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod ini mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat mengenai sesebuah perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi, kita perlu melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang ingin dikunjungi tersebut. Nod ini boleh didapati berbentuk sing board atau papan tanda yang mengandungi nama setiap kawasan. 

2.3 Laluan
Laluan merupakan jalan yang menghubungkan beberapa jalan, antaranya terdapat laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan tersembunyi dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, seseorang itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain itu, laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah tempat apabila laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai sebuah jalan berturap, jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan berbatu. 













2.4 Mercutanda
Mercutanda merupakan penanda sesebuah tempat. Untuk melihat kewujudan sesebuah tempat mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut. Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri.





2.5 Gerbang
Gerbang merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan kampung,daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu kawasan, hal ini kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan simbol sebagai penyambut tetamu yang hadir ke sesuatu tempat tersebut. Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat tersebut mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan tersebut. Selain itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana di setiap pintu gerbang tersebut akan di bina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak pembangunan sekarang. 






2.6 Sempadan
Sempadan ini bermaksud kawasan yang membedakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang telah terpisah menjadi dua kawasan yang berbeza-beza nama tempat dan diperintah oleh orang yang berbeza-beza di setiap kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila wujudnya sungai, jalan, daerah, wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu kawasan yang lain.

No comments:

Post a Comment