Pages

Wednesday, 26 February 2014



MUHAMMAD FAIQ B. MAZLAN (A141599)
DIARI DI MELAKA
Diari di melaka
Hari pertama 6/12/2013
Dari UKM ke Melaka, kami satu kelas pelajar Sains Pembangunan bertolak ke Melaka pada pukul 10.30 pagi bersamaan hari jumaat. Perjalanan kami ke melaka mengambil masa 2 jam lebih. Dalam perjalanan menuju ke destinasi kami tersebut, kami sempat berhenti rehat di R&R Ayer Keroh selama 30 minit. Tiada apa yang menyeronokan di hentian tersebut, kerana hentian rehat tersebut bersaiz sederhana jika ingin dibandingkan dengan R&R di kawasan lain. Kami masih meneruskan perjalanan, dalam perjalanan tersebut, saya terserempat dengan beberapa buah kereta sports atau supercharge(lambogini, jaguar, mecerdes, dan lain-lain. kelibat kereta-kereta ini di jalan raya menyebabkan pemandu-pemandu lain membawa kereta secara perlahan, bagi memberi laluan kepada konvoi kereta mewah ini. Setelah 15 minit perjalanan dari hentian tadi. Kami melihat keadaan lebuhraya ke Kuala Lumpur kelihatan kesesakan, pergerakannya begitu perlahan. 5 km perjalanan diteruskan barulah kami dibuktikan apabila 3 buah lamborgini terbakar kerana mengalami kemalangan yang serius. Sungguh menyayatkan hati melihat keadaan kereta tersebut, selepas dari kejadian tersebut. Kami baru mendapat tahu bahawa konvoi kereta mewah ini datangnya dari Singapura.  
Pada pukul 1.05 minit tengahari, azan jumaat berkumandang. Kami sampai di kawasan Ayer Keroh.Bus kami behenti di hadapan Planetarium Melaka. dfsd.jpgaaaaaaaaaaaaaaaaa.jpg
Kami solat jumaat di Masjid, manakala perempuan pula mereka melawat di kawasan Planetarium. Setelah semuanya selesai, kami bertolak ke destinasi kami. Iaitu ke  Umyra homestay yang telah ditempah oleh Adam. Bayaran rm38 untuk seorang tidaklah membebankan untuk 3 hari 2 malam kerana homestay kami ini cukup besar dan terbaik. Homestay tersebut telah dilengkapi dengan peralatan memasak, peti ais, mesin basuh, tv lcd, astro, bilik aircond dan katil yang empuk. Kami seramai 11 orang, mengutip wang sebanyak rm5 seorang bagi membeli bahan masakan. Alhamdulillah, sazwan membeli beras satu beg 5kg, telur satu sarang, gula satu kilo, tepung gadung 2 pek, garam, belacan, minyak 2 pek, keropok keping adam yang sponser, ais 1 pek, kopi, teh, dan lain-lain. alhamdulillah, pada hari ke 3 semua beras digunakan dalam masakan kami. Saya??? Pandai la masak nasi. Heehheheehhe. . .  mujur mak dan adik saya pernah mengajar saya untuk memasak nasi.



Setelah kami siap check in dalam homestay tersebut, pada jam 3 petang, kami keluar untuk ke field work di Bandar Hilir. Perjalanan kami ke Bandar Hilir selama 30 minit, keadaan di bandar Hilir tersebut begitu sibuk, penuh dengan kereta dan juga manusia yang pelbagai jenis yang datang. Bus terpaksa parking di satu sudut yang jauh dari kawasan tumpuan kami. Terpaksalah kami berjalan kaki ke menara taming sari, taman bunga dan kawasan sekitar tersebut.
PC064179.JPGPC064178.JPG
Disinilah kawasan kami diturunkan dan kami juga akan menaik bus di kawasan ini. Hahahahaha. . . .  tapi tiada masalah bagi saya, kerana dalam perjalanan untuk menuju ke kawasan tumpuan tersebut, saya akan melalui beberapa lorong, di mana lorong di setiap jalan tersebut merupakan pisahan blok-blok bangunan hotel. Setelah kami diturunkan di kawasan ini, setiap kumpulan mengikut arahan ketua mereka sendiri. Bagi kumpulan saya, sazwan sebagai ketua telah menagihkan beberapa tugasan yang perlu di laksanakan. Beliau telah menagihkan borang soal selidik kepada setiap ahli dan juga setiap ahli perlu berada di kawasan yang berlainan.
PC064180.JPG
Saya memilih untuk ke Menara Taming Sari, di kawasan tersebut sangat ramai pelancong yang datang dari sepelusuk tempat dan pelbagai gaya, gelagak dipersembahkan oleh mereka. Alhamdulillah, saya telah berjaya menemui 3 orang responden di kawasan ini. Kerjasama yang diberikan juga begitu baik.
PC064181.JPGPC064185.JPGPC064187.JPG




Setelah menuju ke destinasi yang seterusnya, saya tertarik dengan keadaan pelancong yang datang dengan keluarga mereka, mereka sanggup habiskan wang ringgit demi kebahagian keluarga mereka. Hanya waktu cuti sekolah sahaja dapat bersama dengan keluarga, kata pakcik Jamaludin.
Selain itu, yang menarik perhatian saya juga iaitu dengan kewujudan beca-beca yang cantik dihiasi dengan bunga-bungaan. Saya meminati cara persembahan dan reka cipta beca ini yang mana dicipta dengan kreatif dan mempersona. Pemandu beca-beca ini juga di kalangan pemuda-pemuda tempatan. Akan tetapi, harga untuk naik beca ini rm25, sangat tidak memadai kerana tempoh naik beca ini hanyalah 10 minit dan perjalanan yang dilalui hanyalah sekitar kawasan tersebut.
PC064183.JPG
Seterusnya saya ke taman bunga, di sana selepas solat di surau, saya menemui seorang responden yang mana asalnya dari Perlis, datang bersama anak dan isterinya.
PC064191.JPGPC064190.JPG





Selepas selesai menemubual responden ini, saya tertarik dengan penduduk tempatan yang mana bijak mengambil kesempatan dalam mencari rezeki yang halal. Mereka menggunakan laluan untuk ke surau sebagai lorong ekonomi bagi mereka. akan tetapi setiap peniaga di lorong ini, mereka menjual barangan yang sama sahaja dan harga juga harga yang sama. Oleh sebab itu, wujud persaingan di antara peniaga-peniaga ini. Akan tetapi, belaku sedikit konflik apabila peniaga-peniaga di lorong ini seperti menggangu pelancong yang melalui lorong ini dengan cara menyuruh pelancong membeli produk mereka apabila ada pelancong yang melihat barangan mereka.
PC064192.JPG
Seterusnya, saya menemui Ilham dan Taufik di kawasan taman bunga tersebut, mereka juga sibuk dengan responden masing-masing. Selepas itu, saya, ilham dan taufik mengambil peluang untuk meneroka sendiri kelebihan yang ada pada kawasan Kapal Terbang dan Keretapi yang ada di sekitar tempat ini.
PC064200.JPGPC064202.JPGPC064195.JPG




Setelah penat bergambar dengan mereka, saya tertarik dengan seorang brother ini, bernama Selamad Sarif, beliau merupakan pelukis dari galery seni Melaka, apabila tiba waktu habis kerja, beliau datang ke taman ini untuk mempersembahkan karya ciptaan beliau yang memukau setiap mata yang memandang. Termasuklah saya sendiri hahahahahahahah. . . . . ..  sempat la saya membeli dua karya ciptaan beliau. . ..  menarik, teruja, seronok, cantik, banyak karya yang dilukis dengan menggunakan kehalusan pensil dan seni yang dicorakkan di atas kertas tersebut seperti dapat membawa saya ke demensi yang diterbitkan atas sekeping kertas A4 yang kosong, tapi dicorakkan dengan mata pensil ditambah pula pelukis yang hebat.

600343_581271471945014_1797956177_n.jpga.jpg










Sementara menunggu untuk pulang ke bas, saya sempat lagi ke bazar warisan dan uptown. . ..  heheheehhehe. . . . ..  terdapat banyak kedai yang menjual key chain, makanan, baju, kain, peralatan, food court, dan banyak lagi lah. . . harga yang ditawarkan juga sama dan mengikut standard di setiap kedai. Huh!!! Teruja juga saya ke kawasan ini, banyak benda yang ingin dibeli, tapi apakan daya, duit dalam poket ini hanya sekadar membeli yang perlu sahaja. Tapi sejujurnya saya katakan banyak produk-produk yang dipasarkan ini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Selain itu, kebanyakan peniaga di bazar ini peniaga-peniaga melayu.
PC064207.JPGPC064208.JPGPC064209.JPGPC064211.JPG


Huh. . .  setelah penat berjalan, pada pukul 8 malam, kami bertolak balik ke homestay kami, alhamdulillah, abang drive bus ni baik orang nya, kami tidak berhenti membeli barangan di Mydin Ayer Keroh, tapi kami behenti di kedai runcit sahaja. Ada sesetengah pelajar mengadu dan tidak bersetuju dengan tindakan pemandu bas, kerana tidak singgah ke Mydin, tapi saya sangat-sangat setuju dengan tindakan pemandu bas. Hal ini kerana, jika singgah ke Mydin, lama masa yang akan diambil oleh pelajar untuk membeli dan memilih barangan di sana, tetapi jika singgah di kedai runcit ini, masa yang diambil pom jimat dan pelajar juga hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Setelah semuanya selesai, kami terus ke homestay, selepas saya mengemas diri dan solat isyak, saya terus mengoreng keropok keping yang telah di sponser oleh adam. Ahhaha. . ..  semua peralatan cukup lengkap di homestay tersebut, ricecooker, kuali, pinggan, cawan, sudu dan garfu. Akan tetapi, pinggan tidak mencukupi. Hahahaha.  . .  bagaimana kami lakukannya??? Dengan cara menggunakan periuk nasi, satu pinggan digunakan untuk 2 orang. Hahahahaha.. . . ada satu lagi masalah. . .  iaitu tidak ada pisau disediakan. .  oleh itu, saya dan adam ke sebelah rumah jiran.  Akan tetapi tiada jawapan, dan kami terus ke tingkat atas. . . alhmadulillah. . . ada penghuni rumah tersebut yang memberikan pisau kepada kami. .  beliau tidak membuka pintu. . tetapi menyorong pisau ke bawah pintu sahaja. ..  heheheh. . . . setle bahagian pisau. .. bahagian masak nasi dan goreng telur telah di masak oleh sazwan. Makan malam pertama kami iaitu nasi goreng ikan bilis, daging burger, telur mata dan keropok keping.  Alnid masak air dan membuat air kopi dan teh. Yang lain???? wilson, farid, pudin, adam,fauzi tolong saya goreng keropok, taufik, atur basuh baju, ilham???? Tengok tv. . .  cerita AmErika Challenge.
PC064213.JPGPC064214.JPGPC064218.JPGPC074221.JPG 
Setelah kenyang dengan menu bujang itu, saya kepenatan. Hehehehhe. . . .  tapi saya juga sempat mengambil masa untuk menelefon seorang kawan UKM untuk menceritakan bagaimana perjalanan kami pada hari ini. . . .  hehehehehehe. . . . . . keletihan ini menyebabkan saya tidur awal. . . walaubagaimana pun, pada waktu malam tersebut, sazwan telah mengoreng cengkodok bilis. . . . hehehe. . ..  niat di hati ingin juga makan. . .  tapi apakan daya.. .. .  mengantuk menguasai diri. . . . . saya, pudin dan fauzi tidur satu bilik, satu katil, bilik yang mempunyai bilik air, almari besar, aircond . . .  heheheheh. . ..  puas hati la jugak. . .. tapi yang tidak puas hati nya. . . masa saya ingin lelapkan mata ini, penuh dengan gangguan daripada pudin dan fauzi.  . . . pudin mesej dengan awek dia. . . . bunyi mesej masuk itu menyebabkan saya tidak dapat lelapkan mata.. .  Cuma tidur-tidur ayam sahaja. ..  manakala.. . .  fauzi. . . . memang saya bengan. . .  ada ke patut bergayut dengan awek dalam bilik??? Memang saya sakit hati betul la. ..  kalau nak gayut pom keluar bilik la. .. . hahahahahah. . .  punya jahat nya skill saya ni. . .  saya baling batal pada dia. . .  ahahhahaha. . ..  panas betul la.. . . . akhirnya dia keluar bilik.   . .  . alhamdulillah.. . aman.  . . . tiba waktu pagi.  . .  huhh!!!! Sejuk. .  betul2 sejuk. . . .  aircond dan kipas. .. . ... .  kami bertiga terpaksa bersaing untuk dapatkan selimut untuk baluti kaki . . . . ahhahahahahahahah



Hari kedua. Sabtu 7/12/2013
Pada pagi sabtu ini. Saya bangun subuh dan terus mandi. . kejutkan fauzi dan pudin. . . masa ini belum ada lagi yang bangun. . . sekitar jam pukul 7 pagi. . .  kelihatan ada beberapa sahabat yang solat subuh. . . .  saya mengambil peluang untuk tidur balik. . . hehehehehhe. . . . . . mengantuk menguasai diri. . .  pada jam 8.30. .  . kelihatan sarapan pagi telah pom siap. .. .sazwan yang masak pada pagi ini. . . . menu kami pada waktu pagi ini iaitu nasi putih, telur, kicap, sos, daging burger dan air kopi. . . . hehehehehe.. . .  macam biasa . . . cawan dan pinggan terpaksa kongsi bersama. .. . setelah siap makan tersebut. ..  saya sedikit kecewa dengan sikap kawan-kawan ini. . . hanya sebilangan sahaja yang sanggup untuk kemas kembali dan membasuh periuk. Mereka hanya membasuh pinggan yang dimakan sahaja. ..  manakala alatan penyediaan yang lain mereka buat-buat tidak  nampak. . .  tidak mengapalah. . .  saya sudah diasuh sejak kecil lagi supaya kemaskan apa yang ada di sinki. . . jadi saya lakukan bersama wilson dan sazwan. .. . .. . . .
Pada jam 9.30. . .  kami bergerak ke  kawasan masing-masing, kumpulan saya diturunkan di Zoo Melaka, manakala kumpulan lain menuju ke Bandar Hilir. setelah kumpulan kami ditinggalkan di Zoo Melaka, seperti biasa, breefing untuk seketika waktu. Sazwan membahagikan tugasan dan kawasan masing-masing. Kami berpecah supaya dapat mencari responden yang datang dari latar belakang yang berbeza-beza. Apa yang menarik di sini iaitu, banyak rombongan yang datang melalui bas. Contohnya 3 buah bas yang datang dari Kedah. . . .  dan lain-lain sebuah, contoh Taiping, Kelatan, Perlis dan lain-lain. . . timbulnya masalah di sini iaitu parking kereta yang terhad dan banyak bas yang parking di hentian bas di luar zoo tersebut. Tujuan hentian bas itu adalah untuk mengambil penumpang yang ingin menggunakan bus awam. Hal ini telah menimbulkan masalah kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan awam, kerana bus awam tidak dapat memasuki lorong hentian bus kerana bus persiaran parking di tapak tersebut.
Saya hanya mengambil responden di bahagian Zoo Melaka sahaja, manakala rakan-rakan yang lain ke merata tempat. Hal ini kerana bilangan pengunjung yang begitu ramai datang melawat Zoo Melaka ini. Akan tetapi timbul masalah apabila ada responden yang mengkritik pihak pengurusan kerana harga tiket masuk sangat mahal dan tiada diskaun.
  
Selain itu, gerai-gerai di tepi jalan di perkarangan Zoo ini juga menarik perhatian pengunjung, hal ini kerana terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barangan cendermata untuk di bawa pulang sebagai kenang-kenagan. Deretan kedai ini juga menjual barangan yang sama dan harganya juga tidak jauh berbeza. Oleh sebab itu, perlu ada inovasi dalam memperkenalkan produk bagi memajukan ekonomi peniaga itu sendiri. Di kawasan zoo ini dapat lah saya menemui beberapa responden yang mana dapat memberikan kerjasama yang baik dan jujur dalam memberikan maklumat yang diperlukan. . . . . . ada beberapa lagi responden saya, tetapi tidak sempat untuk saya snap gambar atas faktor-faktot tertentu.

Setelah kami sekumpulan menyelesaikan segala tugasan untuk borang soal selidik di Ayer Keroh, kami mengambil keputusan untuk ke Bandar Hilir, ha. . . . . kami terpaksa menunggu bas di hentian bus di sebelah Zoo Melaka. Mujur dalam 20 minit menunggu bus Panorama datang juga akhirnya. Perjalanan kami ini tidak terus ke Bandar Hilir, tetapi perlu transit, kami akan menuju ke hentian Melaka, pastu transit naik bas Panorama nom 17 untuk ke Bandar Hilir. perjalanan untuk ke Melaka Sentral mengambil masa selama 20 minit, dengan kadar bayaran rm2.50 seorang. Semasa dalam bus, saya terpaksa berdiri, kerana seat dlm bas kurang, terpaksalah berdiri sehingga sampai ke Melaka Sentral.  Setelah sampai ke sentral, kami terus solat, lepas solat jamak, kami berkumpul bagi menentukan di mana tempat untuk mengisi perut ini. Heheheheh. . .  .. .
Setelah berbincang, kami menuju ke foodcourt Melaka Sentral, terdapat beberapa kedai makan, makanannya juga sama seperti makanan di Bangi ini. Oleh itu, saya suka kepada sesuatu yang pelik, saya, sazwan, norazila dan nabila tertarik dengan restoran sup utara ini. Harga yang ditawarkan juga berbaloi. Saya mengambil nasi putih, telur masim separuh dan sup perut yang beharga rm6.50. sup yang disediakan juga sedap dan kurang ajinomoto, servisnya juga cepat dan express.... terbaik!!!!

Setelah kenyang mengisi perut, ahli kumpulan saya menuju ke Mydin, tapi saya kekenyangan, saya hanya menunggu mereka di sentral. Alhamdulillah, dalam masa 10 minit sahaja menunggu, bas untuk ke Bandar Hilir muncul. Setelah pintu bas dibuka, ramai penumpang yang naik. Tapi saya masih menunggu kelibat ahli-ahli kumpulan yang lain. 10 minit saya menunggu mereka, keadaan dalam bas juga telah penuh. Semua tempat duduk telah diduduki oleh penumpang. Jadi untuk kali kedua ini, adil bagi semua yang mana semua terpaksa berdiri hahahhahaahahahahahahahhaha. . . . . . tiket yang dikenakan rm1.50 seorang.
Selama 20 minit perjalanan untuk ke Bandar Hilir, akhirnya sampai juga. Keadaan dalam bas semakin pax. . . terpaksa berhimpit-himpit. Kami turun di tengah-tengah pusingan untuk ke Jongker Walk.
 
Setelah penat berdiri dalam bas, saya mengambil jalan sendiri untuk berpecah dengan ahli kumpulan yang lain. saya menuju ke Jongker Walk, manakala ahli yang lain menuju ke Bandar Hilir. dalam perjalanan ke Jongker Walk, waktu pada jam 4.00 ptg, masih lagi belum ada gerai-gerai yang dibuka dengan sepenuhnya, tetapi laluan tersebut masih lagi sibuk dengan kereta dan ada juga sesetengah peniaga membuka gerai mereka.

Saya hanya melihat sahaja dan ada juga singgah masuk ke beberapa buah kedai, secara jujurnya ramai peniaga Cina yang menguasai kawasan ini, tetapi tidak dinafikan ada juga golongan minoriti iaitu melayu dan india yang berniaga. Saya tertarik dengan sebuah kedai  menjual key chain yang pelik dan tidak banyak kedai-kedai menjual peralatan ini:
 
Saya tidak membeli apa-apa pom di Jongker Walk ini.  Saya teruskan lagi perjalanan menuju ke Bandar Hilir, dalam perjalanan tersebut, saya terserempak dengan sebuah motosikal antik, saya terus mengambil gambar sebagai tanda kenangan, akan tetapi saya dimarahi oleh pemilik motosikal tersebut, kerana beliau berniaga, iaitu untuk bergambar dengan motosikalnya perlu membayar rm3 hahahaahhahaahhaahahhaahhaahhahaahhaahhaah. .  . ah lantak r.. . . .. . . .saya terus lari. . . buat bodoh jer hehehehehhe. .. .
Saya terus menuju ke Bandar Hilir, di sana, saya berjumpa dengan rakan-rakan yang lain, kami mengambil peluang untuk menjadi pelancong pula. Kami berjumpa di taman Bunga, Saya mengambil peluang untuk bergambar bersama taufik, fauzi, ilham dan atur . . . wakil SP yang memakai baju koprat pada waktu itu.
Selepas itu, Saya, taufik, fauzi dan ilham menuju ke Kota A Famosa. . .. . .
Kami menuju ke puncak menara, ha.  . . .  kami terserempat dengan ahli kumpulan lain yang ghairah bergambar. Hahahah. . . . apa lagi. . . kami pom jadi lah hero untuk episod kali ini.
Selepas behenti rehat di atas menara, saya, taufik, ilham dan fauzi menuju ke Taman Bunga kembali. Tujuannya untuk solat jamak. Setelah segalanya selesai, saya dan fauzi menuju sekali lagi ke uptown Bandar Hilir. tujuannya untuk membeli sedikit cenderamata, sempat la saya membeli cendermata untuk kenang-kenang hahahahhahahahah. . .  pada pukul 10 malam, kami menuju ke tempat hentian bas, dan terus pulang ke homestay.
Pada malam ini, seperti biasa, saya mengoreng keropok keping, saya juga memasak nasi dan juga mengoreng daging burger. Manakala sazwan mengoreng telur dan buat telur masak pedas. Stok telur kami terpaksa di kongsi dengan kumpulan perempuan. Ha. . .. .  . . .  takpe lah..  . kongsi. . . walaupun saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Malam ini kami makan lauk nasi putih, keropok, telur masak merah, kicap dan sos. Pada malam ini, kami semua menonton tv bersama-sama, tapi dalam kebisingan tersebut, atur membasuh baju, taufik tidur, dan yang lain berada depan tv sehingga pukul 2 pagi. . .  dalam waktu tersebut, sazwan memasak bubur bilis untuk dijadikan santapan malam.  Hahahahaha. . . . kenyang. . . . . jimat duit makan. . . . .selepas itu semuanya tidur.

Hari ke tiga 8/12/2013
Pada waktu pagi kali ini. Seperti biasa kejutkan kawan-kawan dalam bilik untuk subuh, selepas itu, saya terus menuju ke dapur untuk mengoreng keropok, masak nasi, panaskan bubur bilis, rebus air dan goreng daging burger. Selepas part saya selesai, sazwan pula mengambil bahagian. . . sazwan gunakan 5 pak meggi goreng untuk dijadikan santapan pada pagi hari ini. Hahaha. . ..  saya menghabiskan beras yang ada. Alhamdulillah, semua nya habis di masak. Selepas itu, kami makan secara berjamaah. Ada nasi yang terlebih, sazwan menggunakan nasi tersebut dan mengoreng untuk di jadikan nasi goreng. Ahahah. . .  kenyang. .. . . kami terpaksa check out pada pukul 11 pagi. Setelah semuanya selesai kemas barang, kami sapu bersih segala kekotoran yang ada, setelah semua keluar, kami menuju ke bas, kami menuju ke Bandar Hilir sekali lagi. Di sini, kami perlu sudahkan apa yang belum diselesaikan. Saya menuju ke foodcourt bandar Hilir, alhamdulillah, ada jumpa responden.

Setelah selesaikan tugasan soal selidik, huh.,  . . setle tugas saya. . . . saya menuju ke Jongker Walk untuk mencari sesuatu barangan.
Dalam perjalanan ke sana, di hadapan Hard Rock Cafe Melaka, kelihatan beberapa buah superbike yang datang dari Singapura.









Saya terus menuju ke JW untuk membeli sesuatu yang sudah lama terpendam dalam hati. Saya menuju ke kedai barangan antik. Ada dua buah kedai barangan antik yang dimiliki oleh peniaga Melayu dan yang lain pemiliknya Cina. Saya sempat membeli beberapa keping wang lama, tujuannya untuk di jadikan kenangan. Walaupun harganya mahal, tapi berbaloi apabila memilikinya kerana ada ciri-ciri yang hanya diketahui oleh pemilik barangan lama sahaja yang tahu.

Ha. . .  pada pukul 4 ptg, kami semua pulang ke UKM. .  penat perjalanan kami ini selama 3 hari 3 malam. Kami semua tidur kepenatan dalam bas ditambah pula dengan aircond bas scania ini sememangnya sejuk. . . . apakan daya. Kami hanya mampu baluti tubuh dengan sweater yang ada. Apa-apa pom terima kasih kepada pemandu bas yang sabar dengan karenah kami ini. Heheheeh.. . . terima kasih juga kepada DR. HABIBAH kerana memberi kami peluang untuk melancong sambil belajar. Hahaha. .. . terima kasih juga kepada DR. ZAIMAH kerana mengajar kami dalam kuliah. . . . .mudah-mudahan subjek produk pelancongan ini saya dapat A heheheheheheheheehheheheehehheheehehehhe. . . . . . . .