Saya percaya bahawa
maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang
berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia
dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Narrated Abu
Huraira: I have memorized two kinds of knowledge from Allah's Apostle . I have
propagated one of them to you and if I propagated the second, then my pharynx
(throat) would be cut (i.e. killed)."
Terjemahan: Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Terjemahan: Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Imam Ibn Hajar menulis
di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para
amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya
mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut
dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Ini adalah atsar yang
diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali
bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai
maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka
orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga
ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata :
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian
menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia
yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan
baginya.
Tidak lama masa berlalu,
satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama
Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia
dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka
ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia
Rusy atau Rus."
"Pada dekad-dekad
hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah
oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya
sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam
sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.
ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati
bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah
dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu -
lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan
pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan di Iraq Syam, ada
lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua
matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada
pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa
saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang
dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali
dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi
pengkhianat al-Mahdi al-Amin."
"Pada dekad-dekad
hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul
al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai),
memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat
(Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan
dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan
keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika).
Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu
berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri
datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat
dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa
seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH
boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.
Dia yakin bahawa seluruh
alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia
adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka
ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar
bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan
seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan
hilangnya semua kekufuran."{2}
Huraiannya adalah
seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa
dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad
setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad
adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H,
terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga
dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah
seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi
semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2
dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi)
meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir
(pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang
memanggilnya Hitler.
Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu
dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara
tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka
peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}




No comments:
Post a Comment